uri, atau placenta ni orang kata kembar pada baby sewaktu dalam kandungan.segala nutrien disalurkan kepada baby melalui uri/placenta sehinggalah baby keluar dari perut ibu.
hukum menguruskan uri ni adalah harus.oleh sebab uri/placenta ini adalah sebahagian daripada kita, maka uruskanlah sebaiknya.
menguruskan uri sebaiknya dimulakan sebaik sahaja uri diberikan oleh pihak hospital.
kalau tak sempat, simpanlah dalam peti ais dulu dan mulakan esoknya.
jangan simpan lama sangat.nanti busuk pulak.
kalau mengikut kepercayaan Melayu, banyak benar perkara khurafat tentang cara menguruskan uri/placenta ni.jadi jangan ikut sangatla.tanam taruk sekali pensel la nak suruh pandai.taruk racket la nak suruh pandai main badminton, macam-macam la.
![]() |
rupa uri yang baru dikeluarkan dari bungkusan pihak hospital.ini bukan uri anak aku.gambar hasil carian dari alam maya. |
Bila dah bersih, ambil garam dalam segenggam.Asam jawa sikit.basuh dengan garam dan asam pulak.bukan nak masak tau, tujuannya untuk menghilangkan bau-bau yang boleh menarik perhatian binatang buas.takut nanti ada pulak yang selongkar lepas kita tanam uri/placenta.
Lepas tu, lap la sikit-sikit dengan tisu.bagi kering sikit.gumpalkan uri/placenta ni dan bungkus dengan kain.tak kisah la kain kaler apa.putih ke biru ke hijau ke oren ke.ini supaya uri/placenta ni takdelah bersepah-sepah bila tanam nanti.aku bungkus dengan kain putih sebab kain tu dah disediakan oleh mentua.jadi, guna saja lah.
![]() |
lubang sedalam lebih 1 kaki dan tembikar.tudung tembikar aku terbalikkan supaya tak menakung air. |
![]() |
tembikar diterbalikkan.aku tanam begini supaya air tak bertakung dalam tembikar dan supaya kalau ada binatang yang selongkar, tak dapat usik uri/placenta tu. |
Lokasi untuk tanam uri/placenta ni kena tengok jugak.janganlah tanam tepi semak, dalam hutan atau di tanah perkuburan.tanamlah di tempat yang korang rasa takde binatang boleh datang selongkar.oleh kerana rumah mertua aku rumah taman, langsung takde tanah.jadi aku tanam betul-betul tepi jalan, depan rumah.nasib baik tanahnya lembut.kalau tanah berbatu jenuh jugak nak korek..
sambil tanam aku baca al-fatihah, 3 Qul dan ayat Kursi.supaya takde anasir-anasir asing yang menyampuk semasa proses ini.
lepas tanam aku letak batu bata atasnya untuk elak binatang selongkar.
Lepas tu korang pergilah mandi.letih jugak walaupun cuma sekaki lebih je mengorek.kalau 7 kaki lagilah letih.
Bila dah nak maghrib, mertua aku suruh buat unggun api atas tempat tanam uri tadi.katanya supaya perut baby tak masuk angin, tak kembung.ini kepercayaan orang dulu-dulu.dekat mana sangkut pautnya, entah. orang-orang dulu cuma percaya agaknya.tak berani persoal, ikut-ikut sahaja.
ingat, uri/placenta ni bukan mayat.jadi tak payahlah sampai nak talkinkan pulak.
cuma ia sebahagian dari kita.datang dari kita.jadi uruskanlah sebaiknya.
No comments:
Post a Comment