macamana nak mula yek.ermm..ok, chronological story la.
base on carta 'bulat'(taktau nama) yang doktor guna untuk kira EDD, my wife sepatutnya bersalin 28hb Jun.
however, during 1st trimester, based on size fetus, EDD was supposed to be on 11th July.
bila dua2 date pun dah terlepas, bermulalah saat hari-hari pun aku rasa berdebar.bila phone bunyi je berdebar.mana taknya, aku di KL.wife dah hantar balik Muar.takut aku tak sempat sampai kalau wife tiba-tiba nak bersalin.
17 July 2012
kami ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk appt doktor.a week before (11 July), doktor dah pesan suruh datang kalau tak bersalin lagi.
Ibarat datang menyerah diri, my wife terus warded.lepas subuh esoknya, doktor akan induce.
aku tak dapat stay dalam ward malam tu sebab memang tak boleh.biasalah hospital kerajaan.
18 July 2012
Early morning, around 7.00 am doktor masukkan ubat.then tunggu sambil wife menahan sakit.compare to normal delivery, induce lebih sakit.ini kerana laluan untuk baby dipaksa untuk terbuka.
aku tunggu di perkarangan hospital.
menunggu,
sarapan,
smoking,
dengar radio dalam kereta,
smoking,
baca paper,
smoking..
dah agak-agak tak boleh blah, aku redah masuk ward.
11.00 am
laluan baru terbuka 1cm
aku teman wife sambil pujuk2 supaya sabar.
gosok-gosok belakang wife sambil selawat.
niatkan supaya baby mudah keluar.
01.00 pm
wife dah tak keruan menahan sakit.doktor kata contraction.aku rasa tak sedap.wife genggam tangan aku kuat-kuat.aku tak dapat bayang sakit dia macamana.aku minta dia terus sabar.
tak sabar menunggu, aku mintak nurse check sekali lagi.nurse tarik muka, sambil cakap,'tadi baru check'.
sorang doktor perempuan muda, dalam 26 umur dia datang check, masih 1cm katanya.
dan aku percaya.dah tu takkan taknak percaya cakap doktor kan.
wife semakin teruk menahan sakit.sampai dah tak boleh tahan.ssampai meneran-neran.
aku mintak wife sabar, jangan teran lagi.jalan belum terbuka.tapi wife dah tak tahan.tetap sesekali meneran juga.
datang lagi sorang doktor lelaki muda, aku rasa dalam 26 jugak umur dia.doktor ni marah-marah.mintak wife tahan.jangan teran sebab jalan belum terbuka.aku pun percaya, pujuk wife supaya tahan.doktor check jantung baby sambil marah-marah sebab bacaan tak cantik.katanya sebab wife tak sabar-sabar nak teran.
02.30 pm
wife makin kuat meneran.
doktor terus marah-marah.
seorang staff nurse baju biru (sister kut) datang, dia tak sedap hati.terus dia seluk.
ambik kau, dah 8cm.
terus tarik katil masuk Labor Room.
sister membebel sorang-sorang, marahkan doktor-doktor junior ni.
without BP check or apa-apa check up, wife terus di tarik masuk Labor Room.
aku tertinggal dekat ward sebab mencari beg berisi barang-barang baby, selimut, napkin semua la.
bila aku sampai Labor Room, aku check dalam beg barang-barang baby dah takde.
rupanya wife dah tukar dengan beg lain.sorang nurse terus panggil aku masuk Labor Room.
aku duduk sebelah wife sambil tampung kepala dia.nurse mintak wife jangan pegang tangan aku, sebaliknya pegang besi katil sebab takut tangan aku yang berdarah kena cengkam.
wife aku berkulit cerah.tapi waktu dalam LR, masa meneran tu habis jadi hitam.macam langsung tiada darah.aku tak tau macamana sakit dia sebab bila doktor gunting, sakit kena gunting tu dah tak terasa..meneran tu jauh lagi sakit.
02.51
push...
curi nafas, push...
curi nafas, push....
curi nafas, push.....
and the baby is out.
kalau efek filem waktu ni, bunyi wife meneran bergema, without any other sound.then pause a few second,
...dan bunyi baby menangis bergema memenuhi ruang.
wife terus tergelak kecil pandang aku sambil sebut,'suara baby abang'.
tergelak ibarat terus hilang segala sakit dia.
mengenai jantina baby,
sewaktu scan 1st trimester, private doktor kata babygirl.sambil tunjuk 3 garis tulang yang menandakan babygirl.
tapi waktu pregnancy masuk 7 bulan, scan di Klinik Ibu dan Anak, doktor kata lelaki.kami terkejut juga, tapi redha je la.so barang-barang semua beli untuk babyboy.
bila 1st time nampak baby keluar, aku lagi sekali terkejut.eh perempuan?
wife belum tau, aku senyap dulu.then aku kena tunggu dekat luar la.
bila nurse bagi baby dekat wife, wife pulak terkejut.
wife stay warded for another nite.sambil melaser doktor-doktor muda yang ikut buku semata-mata ni.kena pulak dengan staffnurse2 yang sama melayan.
19 Julai
11.00 am - aku jemput wife, settlekan bil hosital semua, then bawak wife dan baby balik.
tips:
1) kalau tak cukup budget untuk ke private hospital macam aku, pilihlah hospital kerajaan yang ada program 'Hospital Rakan Suami' dan 'Hospital Rakan Bayi'.program ni membenarkan suami untuk sama-sama stay dalam LR dan bayi diletakkan bersama ibu sepanjang dalam ward.
2) Jangan pilih hospital yang terlalu crowded, contohnya HKL.kalau crowded sangat, staf-staf hospital akan tension.jadi lepas tension dekat patient.lepas tu semua jadi fobia tak mau ke hospital kerajaan.
3) bukan nak perkecilkan doktor-doktor baru, cuma kalau boleh rapat2 la dengan nurse yang senior.experience diorang banyak membantu.dua-dua doktor muda yang treat wife aku terus hilang bila keadaan jadi diluar rutin mereka.kesian diorang, kena sekolah dengan doktor pakar lepas tu.
No comments:
Post a Comment