Tuesday, February 28, 2012

#6 : CERITA CARI DUET

bila kau start cari duit poket sendiri?
peduli hapa aku.hahaha.
rilek2..cari feel, lama tak menulis.


sekolah rendah.1990 - 1995

pernah satu ketika aku mintak mak aku buat nasi impit kuah kacang.masuk dalam paket kecik-kecik.then aku bawak pergi sekolah, letak dekat kantin.makcik kantin tolong jualkan.seingat aku sepaket dapatla untung 20sen.tiap-tiap pagi aku bawak 20 bungkus, dapatlah 4 ringgit sehari.

pernah jugak sewaktu felda buat tanam semula.aku ambil upah isi sabut kelapa dalam polibag anak sawit.ini untuk elak rumput tumbuh dalam polibag tu.satu polibag 8sen kut upah die.dah tak ingat la.dapat pun takdela sampai 20ringgit sehari.

musim kemarau memang aku tunggu-tunggu.waktu ni, biasanya aku ikut pakcik-pakcik pergi menjeramak ikan sungai.jeramak ni satu alat menangkap ikan la.serupa macam jala, tapi saiz dia kecik sikit.randuk sungai sambil pegang jeramak, bila ikan lalu akan tersangkut dekat jeramak tu.kalau ada tunggul-tunggul dalam air tu aku balutlah guna jeramak.biasanya banyak ikan menyorok celah-celah tunggul ni.hasil tangkapan aku bahagikan dalam plastik, lebih kurang 5 6 ekor seplastik.ikut saiz ikan la.then aku jual dari rumah ke rumah, seplastik 2 ringgit.biasanya memang dah ada pembeli tetap la yang suka makan ikan sungai ni.


sekolah menengah 1996 - 2000

zaman ni, dari form 1 aku duk asrama.jadi memang kurang peluang cari duit.lagi pun makan mewah.5 6 kali sehari.jadi kurang sangat pikir pasal duit.dating dengan awek pun tak payah pikir duit.dating dalam kelas.
waktu di MRSM banyak sikit pakai duit.sebab duduk bandar jadi semua benda ada kos.tapi apa ade hal.hello kampung la.


zaman universiti 2001 - 2006

zaman ni memang macam-macam kerja aku buat.

1) jual otak-otak
tahun 2 di UTM, sebelah malam aku tolong satu brader ni meniaga otak-otak di medan selera taman Universiti.macamana aku kenal brader ni, panjang cerita.boleh buat filem.

2) roti canai
bermula dengan jual otak-otak tadi, aku kenal jugaklah peniaga-peniaga lain dekat situ.salah satunya Pak din.Pak Din meniaga roti canai.sebelah pagi Pak din meniaga di Flat Larkin.jadi Sabtu dan Ahad pagi aku ikut Pak Din meniaga.aku tolong bungkus saja.tapi memang tak menang tangan la.pukul 7 sampai 10 pagi.Pak Din tak lokek dengan aku.biasa dia bagi upah 30 ringgit.kadang-kadang dia bagi 50ringgit.kira banyak dah tu.aku tau Pak Din ni ada hati nak buat aku jadi menantu dia.haha
bulan puasa Pak Din jual murtabak dekat bazar sebelah masjid Bandar Baru Uda.beberapa kali jugaklah aku ikut Pak Din meniaga bazar ramadhan.

3) waiter
dekat medan selera Taman U juga, aku kenal Achik.kira macam mak angkat aku dah la kat JB dulu.malam-malam aku tolong Achik ambik order.kadang-kadang bila cuti pun Achik bagi aku gaji.baik betul Achik.Achik pun macam Pak Din.kalau dia ada anak perempuan, dah sah-sah nak aku jadi menantu.hahahaktui..
pernah jugak aku tolong orang meniaga di Arked Meranti, dalam UTM.kat sini, meniaganya kurang.mengoratnya lebih.huhu

4) atendan petrol pump
oleh kerana aku jarang tido malam, jadi aku kerja dekat Petronas Taman U.shift malam.11-7 pagi.siang pun kadang-kadang aku kerja jugak.aku pun dah tak ingat berapa gajinya.5ringgit sejam kut.lama jugak aku kerja dekat sini.makan tahun jugak la.

5) banquet boy Hyatt Hotel
hehehe..konon pergi untuk banquet.tapi kena buat laundry.sampai tertido-tido la melipat cadar.ada sekali kena basuh pinggan, nasib baik dishwasher canggih.pernah jugak jadi pelayan dekat Piccolo (open cafe dalam Hyatt).tukang tuang wine.abis keje terus rasa menyesal.masing-masing pakat taknak kerja dah.

6) traffic survey
tak pasti dapat lubang dari mana, tapi kerja ni lumayan jugak.60ringgit sehari kut.kerja kira berapa bijik kereta yang lalu setiap 15 minit dekat jalan-jalan tertentu.sejam pertama memangla jujur.lepas tu barai...main agak-agak je.yang kira sambil tengok wayang pun ada.

7) roti john
dalam banyak-banyak kerja yang aku buat, yang ni paling aku suka sebab buat sendiri.beli alat memasak sendiri, cari tapak sendiri, meniaga sendiri.memang masyuk la.aku syer berdua dengan member aku, Najib.sebijik jual rm1.50, modal dalam 30sen je kut.kira lepas tolak duit makan, duit rokok, bulan-bulan dekat 2k sorang jugak la.banyak kenangan dengan roti john ni.masa ni siap ada pembantu.aku masak, najib bungkus, ada 2 orang lagi gilir tolong.ada jugak yang beli borong dan jual balik dalam kolej.diorang borong dengan aku seringgit sebiji, jual rm1.50.kadang-kadang cecah 300 biji sehari.sekarang, yang tolong jual roti john aku dulu, semua dah berjaya.kerja bagus-bagus.
pernah jugak kami langgar bazar ramadhan dalam UTM tu, sampai kena halau dengan pak guard.memang takleh lupa.tengah orag ramai beratur tunggu roti john, pak guard sound,' esuk aku taknak nampak hangpa ada sini'.kami sengih je la.

8) meniaga larut malam (MLM)
yang ni taknak cerita la.tak best!

agak-agak korang, masa ni bila masa aku belajar?
aku mana belajar.itu yang lingkup tu.hahahahaktui.
menangis beb.


KL darul lumpor, 2007 - present
kecewa di JB, aku nekad ke KL.KL yang aku kenal cuma Puduraya dan Pekeliling.dan rangkaian LRT antara keduanya.itu saja.
tekad aku masa tu, aku nak gaji lagi tinggi dari budak-budak degree.langkah pertama aku memang bertuah.
1) Unitrust Consultant
minggu pertama di KL, minggu tu jugaklah aku start kerja sebagai Unitrust Consultant (UTC).orang kata kerja ni boleh buat duit, jadi aku cuba.kerja ni tiada basic gaji, komisyen 100%.minggu pertama aku kerja, komisyen rm3k.bulan pertama, komisyen aku rm12k.zaman kegemilangan la ni.bukan aku terer, tapi rezeki aku lah.kuasa tuhan, aku dapat client millionair.aku duk panggil akak, padahal title dia Puan Sri.mana aku tau.makin semangat aku, masa depan nampak cerah.terus angkat kereta.dan sampai sekarang menanggung hutang kereta tu.padahal owner sudah orang lain.hahahaktui.
tapi semangat aku tak lama.bila buat benda yang aku tak lagi percaya, aku jadi hilang confident.jadi aku tak berani nak convince orang lain atas suatu yang aku tak lagi percaya.

2) credit card promoter
time aku down, mujur ada sahabat yang tak henti-henti push aku untuk terus kerja.untuk teruskan hidup.fail dengan Unitrust, aku diperkenal dengan kerja ni.pun tiada basic, komisyen semata-semata.sat kad yang approve, dapatlah rm80.nak buat kerja macam ni bukan senang, kena comitted setiap masa.hari-hari kena semangat.sebab kalau tak, kau nak makan apa?
aku rasa semua blok pentadbiran dekat Putrajaya tu aku dah redah buat sale, promote kredit kad.tak dapat masuk cara elok, aku masuk cara tak elok.kadang-kadang bukak booth.ada jugak la yang memang tak dapat masuk.ada yang layan, lagi ramai yang 'bo'layan.

3) construction
here where i stand now.a monthly-paid employee.construction site worker.work for a well-known contractor.work for a boss who i admire most.a successor at work and at home.
bermula disini, aku ada cita-cita nak kahwin.dan aku dah kahwin pun.bini aku cantik, kau ada?
di sini jugak aku rasa lebih berguna.walaupun kadang-kadang terasa macam semua nak bagi pada aku, letihla.tapi, i can handle la.kalau aku duk pikir-pikir kenapa suruh aku, bebankan kepala aku saja.baik aku buat aje, tak payah pikir.kerja siap, aku tak stress :).terbaik yang aku boleh bagi, itulah yang aku buat.sebab kerja dengan orang ni maknanya pegang amanah orang.besar tanggungjawab tu.
and i believe the company have done so much for me.and pay me good enough.


4) but now, monthly commitment aku dah melampaui monthly income aku.jadi aku kena ligat.being a single provider in KL is harder than what i think before.harder than what you think.plus a pregnant wife and expected things to come.i must do something else.
must do, must do.

banyak jalan haram yang manis pada awalnya, tapi pahit selamanya.aku tak percaya jalan ini.
must do something...

No comments: