'apelah.takde hati perut punya jantan, bla bla bla...'
'ade jugak laki mcm ni dlm dunia, muke je nmpk baik tp bla bla bla....'
'x sangke pulak aku dia mcm ni.sanggup dia bla bla bla...'
manusia bercakap/berpikir mengikut sudut pandang dia.persepsi dia.yang nampak depan 'mata' dia.dan menjadi asas judgement dia terhadap kita.dan menentukan cara dia layan kita.pandang kita.prejudis tanpa memahami situasi.
tiga orang buta, memegang seekor gajah.
si buta pertama berkata,'gajah ni macam pokok rupanya'.yang dipegang kaki gajah.
si buta kedua berkata,'tidak, gajah seperti ular'.yang dipegang belalai gajah.
si buta ketiga berkata,'jangan kelentong aku la.gajah ni macam kuali la'.yang dipegang telinga gajah.
tak ramai yang akan mengambil masa untuk memahami situasi sebelum terjun kepada konklusi.
tak ramai yang cuba memahami kerana...untuk apa memahami suatu yang tiada kepentingan?
jadi konklusi yang tersemat di hati mereka hanya berdasar dari yang terhidang depan mata.
jadi pegangan mereka bila memandang kita.
kurang rasa selesa berurusan dengan kita kerana persepsi terhadap kita.
dan tentulah menyusahkan kita bila terpaksa berurusan dengan mereka setiap hari.
aku berusaha menjadi suami terbaik.
menantu terbaik.
pekerja terbaik.
akan datang, bapa terbaik.
bila mati, aku ingin diingati kerana yang baik-baik.
setiap yang aku tinggalkan, hidup bersama kenangan aku yang baik-baik.
ada yang baik tentang aku untuk diceritakan pada keturunan aku.
tapi aku terlupa menjadi anak terbaik.
lupa menjadi abang terbaik.
lupa menjadi adik terbaik.
juga terbaik untuk diri sendiri.
you can do better bro,(tepuk bahu sendiri)
betul kata orang, sebaik mana pun kita, takkan mampu jadi terbaik pada sekaliannya.
kerana selagi namanya manusia, takkan puas dengan satu dunia.
No comments:
Post a Comment