Friday, September 7, 2012

#23 : Precious Moment.Moment Kita

"we dont always remember date,
but we remember moments.
especially, the precious moment."


Sejak Azalea Arissa lahir, tak banyak masa bapak Lea ada untuk Lea.most of the time, bapak Lea berada di Kuala Lumpur.ada rezeki, weekend baru dapat jumpa.itupun bukan every weekend.sebab gaji bapak Lea bukan besar pun.tak cukup nak tampung kos ulang alik every weekend.

Jadi bila bapak Lea duduk sorang-sorang di KL, bapak Lea rasa kosong.
kosong, kosong oh ow...
sebab tu jugak bapak Lea jarang menulis.sebab kosong, kosong oh ow..
Biasanya sebelum balik kerja bapak Lea akan plan nak buat apa dekat rumah malam tu.
memasak, membasuh, memvakum carpet, menyapu rumah, mengemas dapur, mengelap habuk, menggosok baju-baju yang tak pernah pakai, melipat baju dan apa-apa yang boleh dibuat.
semuanya untuk hilangkan rasa kosong, kosong oh ow...

Bila dah tak tau nak buat apa, bapak Lea akan melangut di tengah rumah.sambil TV tengok bapak Lea.
bila bosan terlentang, bapak Lea meniarap.bila sakit dada meniarap, bapak Lea duduk.kadang-kadang bapak Lea berdiri takde arah.tapi tak pernah la pulak bapak Lea menari suffle sorang-sorang.
semuanya sebab kosong, kosong oh, ow...

Jadi bila ada peluang dapat jumpa, bapak Lea appreciate sangat-sangat moment tu.
dapat lepas rindu pada Lea.
pada mama Lea (ayat ni kena ada, ayat cari makan.thihihi..)

seronok dapat jumpa mama Lea, dukung Lea, tukarkan lampin Lea, buat susu Lea, saja-saja buat Lea marah, pujuk Lea balik, balas-balas senyum dengan budak-budak kolej jururawat sambil dukung Lea, tidokan Lea...
moment yang buat bapak Lea rasa penuh.rasa hidup.

tak sabar nak tunggu waktu kita sama-sama belajar dan mengajar.
Lea belajar erti hidup.
bapak Lea dan mama Lea belajar jadi parent terbaik untuk Lea.



anugerah terindah yang pernah kumiliki



muka Lea moody baru bangun tido

sleep like a boss



Dimatanya ada syurga
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
dan tidur malam bapak Lea lebih sempurna dengan bantal Lea :)





haih..gambar mama Lea satu pun takde? erm..ape nak jawab nanti..huh

Thursday, August 16, 2012

Tuesday, August 7, 2012

#21 : MENGURUSKAN URI / PLACENTA CARA MELAYU

ok.ini panduan untuk bakal-bakal bapak.

uri, atau placenta ni orang kata kembar pada baby sewaktu dalam kandungan.segala nutrien disalurkan kepada baby melalui uri/placenta sehinggalah baby keluar dari perut ibu.
hukum menguruskan uri ni adalah harus.oleh sebab uri/placenta ini adalah sebahagian daripada kita, maka uruskanlah sebaiknya.

menguruskan uri sebaiknya dimulakan sebaik sahaja uri diberikan oleh pihak hospital.
kalau tak sempat, simpanlah dalam peti ais dulu dan mulakan esoknya.
jangan simpan lama sangat.nanti busuk pulak.

kalau mengikut kepercayaan Melayu, banyak benar perkara khurafat tentang cara menguruskan uri/placenta ni.jadi jangan ikut sangatla.tanam taruk sekali pensel la nak suruh pandai.taruk racket la nak suruh pandai main badminton, macam-macam la.

rupa uri yang baru dikeluarkan dari bungkusan pihak hospital.ini bukan uri anak aku.gambar hasil carian dari alam maya.
memula, basuh uri/placenta macam biasala.macam basuh benda-benda lain.buang segala darah beku yang masih melekat padanya.kalau rasa berdebar sebab first time buat tu, bacalah bismillah.selawat banyak-banyak.sebab tak semua orang boleh rilek je pegang/tengok uri ni.rupa dia agak ngeri juga.
Bila dah bersih, ambil garam dalam segenggam.Asam jawa sikit.basuh dengan garam dan asam pulak.bukan nak masak tau, tujuannya untuk menghilangkan bau-bau yang boleh menarik perhatian binatang buas.takut nanti ada pulak yang selongkar lepas kita tanam uri/placenta.

Lepas tu, lap la sikit-sikit dengan tisu.bagi kering sikit.gumpalkan uri/placenta ni dan bungkus dengan kain.tak kisah la kain kaler apa.putih ke biru ke hijau ke oren ke.ini supaya uri/placenta ni takdelah bersepah-sepah bila tanam nanti.aku bungkus dengan kain putih sebab kain tu dah disediakan oleh mentua.jadi, guna saja lah.

lubang sedalam lebih 1 kaki dan tembikar.tudung tembikar aku terbalikkan supaya tak menakung air.
Dolu-dolu, lepas bungkus orang masukkan uri dalam tempurung betina.betina maksudnya yang berlubang tu.asal berlubang tu, betinalah.heheh.dalam tin susu pun ada.tujuannya aku tak pasti.aku pulak mentua dah belikan tembikar tanah liat.jadi aku masukkan bungkusan uri tadi ke dalam tembikar tu.bila nak tanam, aku terbalikkan supaya air dalam mengalir ke tanah.

tembikar diterbalikkan.aku tanam begini supaya air tak bertakung dalam tembikar dan supaya kalau ada binatang yang selongkar, tak dapat usik uri/placenta tu.
Lokasi untuk tanam uri/placenta ni kena tengok jugak.janganlah tanam tepi semak, dalam hutan atau di tanah perkuburan.tanamlah di tempat yang korang rasa takde binatang boleh datang selongkar.oleh kerana rumah mertua aku rumah taman, langsung takde tanah.jadi aku tanam betul-betul tepi jalan, depan rumah.nasib baik tanahnya lembut.kalau tanah berbatu jenuh jugak nak korek..
sambil tanam aku baca  al-fatihah, 3 Qul dan ayat Kursi.supaya takde anasir-anasir asing yang menyampuk semasa proses ini.
lepas tanam aku letak batu bata atasnya untuk elak binatang selongkar.

Lepas tu korang pergilah mandi.letih jugak walaupun cuma sekaki lebih je mengorek.kalau 7 kaki lagilah letih.

Bila dah nak maghrib, mertua aku suruh buat unggun api atas tempat tanam uri tadi.katanya supaya perut baby tak masuk angin, tak kembung.ini kepercayaan orang dulu-dulu.dekat mana sangkut pautnya, entah. orang-orang dulu cuma percaya agaknya.tak berani persoal, ikut-ikut sahaja.

Jadi maghrib-maghrib tu aku buat jugak unggun api.aku niatkan untuk halau nyamuk sahaja.sebab waktu-waktu macam ni memang banyak nyamuk.hehe

ingat, uri/placenta ni bukan mayat.jadi tak payahlah sampai nak talkinkan pulak.
cuma ia sebahagian dari kita.datang dari kita.jadi uruskanlah sebaiknya.

Thursday, July 26, 2012

#20 : LABOR ROOM EXPERIENCE - from the eyes of a husband

macamana nak mula yek.ermm..ok, chronological story la.

base on carta 'bulat'(taktau nama) yang doktor guna untuk kira EDD, my wife sepatutnya bersalin 28hb Jun.
however, during 1st trimester, based on size fetus, EDD was supposed to be on 11th July.
bila dua2 date pun dah terlepas, bermulalah saat hari-hari pun aku rasa berdebar.bila phone bunyi je berdebar.mana taknya, aku di KL.wife dah hantar balik Muar.takut aku tak sempat sampai kalau wife tiba-tiba nak bersalin.


17 July 2012
kami ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk appt doktor.a week before (11 July), doktor dah pesan suruh datang kalau tak bersalin lagi. 
Ibarat datang menyerah diri, my wife terus warded.lepas subuh esoknya, doktor akan induce.
aku tak dapat stay dalam ward malam tu sebab memang tak boleh.biasalah hospital kerajaan.

18 July 2012
Early morning, around 7.00 am doktor masukkan ubat.then tunggu sambil wife menahan sakit.compare to normal delivery, induce lebih sakit.ini kerana laluan untuk baby dipaksa untuk terbuka.
aku tunggu di perkarangan hospital.
menunggu,
sarapan,
smoking,
dengar radio dalam kereta,
smoking,
baca paper,
smoking..
dah agak-agak tak boleh blah, aku redah masuk ward.

11.00 am
laluan baru terbuka 1cm
aku teman wife sambil pujuk2 supaya sabar.
gosok-gosok belakang wife sambil selawat.
niatkan supaya baby mudah keluar.

01.00 pm
wife dah tak keruan menahan sakit.doktor kata contraction.aku rasa tak sedap.wife genggam tangan aku kuat-kuat.aku tak dapat bayang sakit dia macamana.aku minta dia terus sabar.
tak sabar menunggu, aku mintak nurse check sekali lagi.nurse tarik muka, sambil cakap,'tadi baru check'.
sorang doktor perempuan muda, dalam 26 umur dia datang check, masih 1cm katanya.
dan aku percaya.dah tu takkan taknak percaya cakap doktor kan.
wife semakin teruk menahan sakit.sampai dah tak boleh tahan.ssampai meneran-neran.
aku mintak wife sabar, jangan teran lagi.jalan belum terbuka.tapi wife dah tak tahan.tetap sesekali meneran juga.
datang lagi sorang doktor lelaki muda, aku rasa dalam 26 jugak umur dia.doktor ni marah-marah.mintak wife   tahan.jangan teran sebab jalan belum terbuka.aku pun percaya, pujuk wife supaya tahan.doktor check jantung baby sambil marah-marah sebab bacaan tak cantik.katanya sebab wife tak sabar-sabar nak teran.

02.30 pm
wife makin kuat meneran.
doktor terus marah-marah.
seorang staff nurse baju biru (sister kut) datang, dia tak sedap hati.terus dia seluk.
ambik kau, dah 8cm.
terus tarik katil masuk Labor Room.
sister membebel sorang-sorang, marahkan doktor-doktor junior ni.

without BP check or apa-apa check up, wife terus di tarik masuk Labor Room.
aku tertinggal dekat ward sebab mencari beg berisi barang-barang baby, selimut, napkin semua la.
bila aku sampai Labor Room, aku check dalam beg barang-barang baby dah takde.
rupanya wife dah tukar dengan beg lain.sorang nurse terus panggil aku masuk Labor Room.

aku duduk sebelah wife sambil tampung kepala dia.nurse mintak wife jangan pegang tangan aku, sebaliknya pegang besi katil sebab takut tangan aku yang berdarah kena cengkam.
wife aku berkulit cerah.tapi waktu dalam LR, masa meneran tu habis jadi hitam.macam langsung tiada darah.aku tak tau macamana sakit dia sebab bila doktor gunting, sakit kena gunting tu dah tak terasa..meneran tu jauh lagi sakit.

02.51
push...
curi nafas, push...
curi nafas, push....
curi nafas, push.....
and the baby is out.
kalau efek filem waktu ni, bunyi wife meneran bergema, without any other sound.then pause a few second,
...dan bunyi baby menangis bergema memenuhi ruang.
wife terus tergelak kecil pandang aku sambil sebut,'suara baby abang'.
tergelak ibarat terus hilang segala sakit dia.


mengenai jantina baby,
sewaktu scan 1st trimester, private doktor kata babygirl.sambil tunjuk 3 garis tulang yang menandakan babygirl.
tapi waktu pregnancy masuk 7 bulan, scan di Klinik Ibu dan Anak, doktor kata lelaki.kami terkejut juga, tapi  redha je la.so barang-barang semua beli untuk babyboy.


bila 1st time nampak baby keluar, aku lagi sekali terkejut.eh perempuan?
wife belum tau, aku senyap dulu.then aku kena tunggu dekat luar la.
bila nurse bagi baby dekat wife, wife pulak terkejut.

wife stay warded for another nite.sambil melaser doktor-doktor muda yang ikut buku semata-mata ni.kena pulak dengan staffnurse2 yang sama melayan.

19 Julai
11.00 am - aku jemput wife, settlekan bil hosital semua, then bawak wife dan baby balik.


tips:
1) kalau tak cukup budget untuk ke private hospital macam aku, pilihlah hospital kerajaan yang ada program 'Hospital Rakan Suami' dan 'Hospital Rakan Bayi'.program ni membenarkan suami untuk sama-sama stay dalam LR dan bayi diletakkan bersama ibu sepanjang dalam ward.
2) Jangan pilih hospital yang terlalu crowded, contohnya HKL.kalau crowded sangat, staf-staf hospital akan tension.jadi lepas tension dekat patient.lepas tu semua jadi fobia tak mau ke hospital kerajaan.
3) bukan nak perkecilkan doktor-doktor baru, cuma kalau boleh rapat2 la dengan nurse yang senior.experience diorang banyak membantu.dua-dua doktor muda yang treat wife aku terus hilang bila keadaan jadi diluar rutin mereka.kesian diorang, kena sekolah dengan doktor pakar lepas tu.

Tuesday, July 24, 2012

#19 : AZALEA ARISSA BINTI AMIR NAZRIN

she,
the one that grab the world attention one day.
born in the year of the Dragon,
a year that some believe is the end of the world.
have a heart of a Cancer.
in the month of Sya'ban, when all our good deeds were raised to the sky.
she,
AZALEA ARISSA BINTI AMIR NAZRIN.



18 July 2012 

 a very calm face

 with her beautiful Queen

 officially a citizen 

 tiny feet that will conquer the world


 sweet child of mine

a touch of  a father


dan Azalea Arissa takkan pernah mengalah.




next entry, aku akan cerita tentang saat-saat kelahiran Arissa.
saat mendebarkan sehingga ke Labour Room.
its a heavenly experience being there.


Thursday, June 14, 2012

#18 : BABY IS OUT!

eh, belum lagi.
on the way.dia baru jumpa laluan.
Due Date 11 Julai, tapi rasanya dia dah tak sabar.
aku cuma berharap sempat hantar wife balik Muar weekend ni.
Kalau tak sempat, jadi budak Kay El la dia.
kalau jadi budak Kay El, nama kena poyo.
XY Zack.
XY Zack bin Amir Nazrin.
gila milleneum punya nama.hahaha
memang tak la..

doakan Allah permudahkan segalanya.
doakan selamat semuanya.
doakan semua, kan baik-baik saja.

ini post terakhir sebelum delivery rasanya.
kalau ada salah silap wife saya, mohon dimaafkan.
kalau ada terambil apa-apa, mohon halalkan.

kalau ada yang terluka sebab saya, doakan terbaik buat saya.
seperti saya doakan terbaik buat semua, setelah ketiadaan saya.
semua ok :).(macam ramai jek.huuuuuu)

nah, ambek ni
ada rasa nak lempang tak?

Tuesday, June 5, 2012

#17 : GUBUK DERITA...

Dalam Construction, warganegara Malaysia adalah minoriti.
tidak seperti 80-an dulu.

Indonesia.
Bangladesh.
Pakistan.
Myanmar.
Vietnam.
Ghana pun aku pernah jumpa masa di KDN Jln Duta dulu.

agaknya apalah yang ada dalam hati diorang.
merantau jauh mencari rezeki.
siapa yang mendiami Gubuk Derita ini? 
Sebuah Gubuk Derita.
Sebuah gitar kapok.
Secangkir kopi.
Sebatang Surya.
dan dingin angin malam.

sebenarnya ini sudah cukup sempurna untuk seorang lelaki mengharungi setiap malam.


Gubuk Derita.
pendamai gundah penghuninya...