Monday, March 5, 2012

#8 : COMPLETING A HOME

prior to this entry ------> a place called home



ada yang ambil masa sebulan.
ada yang ambil masa setahun.
ada yang ambil masa bertahun-tahun.
ada yang sampai sudah pun tak berjaya, completing a home.

ada yang cuma cuci kaki masuk dalam a complete home (tak mencabar la macam ni).
ada yang terus stay dengan mertua.yang ini mungkin banyak cabaran lain la.

aku?
aku mungkin masuk dalam kategori yag sampai sudah pun tak complete-complete.
aku agak berhati-hati membeli barang rumah.ada banyak sebab.

yang pertama of course la, kekangan kewangan.dengan gaji di bawah paras miskin bandar, membeli barang berharga atas seratus adalah sesuatu yang harus dipikirkan banyak kali.tambah-tambah sejak jadi single provider ni, lagilah..nak beli baju bundle pun pikir banyak kali.
plus aku menunggu kelahiran anak sulung, maka lagilah bertambah kekangannya.

budaya nomad di bandar pun salah satu sebab utama.aku malas nak mengangkut barang banyak-banyak bila perlu berpindah.sejak hijrah ke KL ni(sejak 2007), baru sekali aku pindah.itupun sebab aku kesian budak-budak rumah bujang aku dulu.kalau tak diorang yang aku suruh pindah bila aku kahwin.

ruang yang terhad.
ok, rumah ni cuma 650sqf sahaja.3 bilik.tapi bilik belakang dah jadi stor.
stor pakaian lama.
stor kotak-kotak hadiah kahwin dulu.ya, sampai sekarang ada banyak yang belum keluar dari kotak.perkakas elektrik la banyak.
stor alat bertukang aku.
juga tempat ampaian.ya, rumah merpati ini tiada balkoni untuk aku jemur baju.
jadi ruang yang terhad ni tak membenarkan furniture-furniture mahal untuk masuk.haha, padahal sebab yang pertama punya angkara.

kawasan kejiranan.
ekceli kan, aku selesa dengan kejiranan sini.boleh bertegur sapa la.parking pun senang.cuma bila pikir hal membesarkan anak, persekitaran macam ni menakutkan aku.tengok anak-anak remaja di sini buat aku seriau.aku rasa bukan cuma di sini, dimana-mana pun di malaysia sekarang, suasananya almost the same la.benda-benda yang kau payah nak nampak 90-an dulu, dah jadi common sekarang.
tapi aku tak berniat tak tinggal lama di kawasan begini.ayat kasarnya, slump area macam ni.kawasan dimana suatu ketika dulu bila kerajaan nak halau penduduk-penduduk setinggan, kerajaan akan compress mereka ke perumahan yang sesak begini.kawasan dimana rata-rata mentaliti masyarakatnya kurang yang positif.
rezki sampai nanti, pindahlah ke kawasan yang lebih baik.bukit tunku ke, hartamas ke..bangsar ke..akekeke..

lagi pun rumah ini bukan rumah aku.cuma menyewa.jadi ala kadar saje la.yang penting balik kerja, masuk rumah kepala aku tak serabut.boleh rileks.
berkira-kira jugak bila la nak ada rumah sendiri.bila ya?

jadi barang yang agak-agak kurang perlu dan menyusahkan bila kena pindah aku lupakan dulu.sofa set adalah salah satu.even yang ada sekarang ni pun dah buat aku pening bila pikir nak pindah.bedroom set contohnya.kurang-kurang kena mintak tolong tiga empat orang.

macam aku cakap tadi.yang penting bila balik kerja, kepala tak serabut.
yang penting bini tak komplen nak itu ini.
yang penting tak jadi hamba pada kehendak sendiri.
yang penting keperluan asas itu mencukupi.
yang penting ada internet dan tivi.
huhuhu..

1 comment:

zul_car_9 said...

takpe mir.. pelan2 kayuh