Saturday, March 31, 2012

#12 : ADUHAI ANAK

permulaan seorang manusia seperti sehelai kanvas putih.
alam sekitar yang mencorakkannya.
dengan otak yang menyerap seperti span.
menerima semua tanpa mampu menilai.


sebagai anak penorah getah, keperluan asas aku semasa kecil sangat limited.baju baru dan seluar baru hanya setahun sekali.itu pun ketika raya.masa tu harga getah tidaklah semahal sekarang.aku ingat lagi ikut mak pergi menoreh.aku kutip biji getah buat main.masa tu harga getah cuma 30sen sekilo.dengan duit tu lah aku adik-beradik dibesarkan.

kadang-kadang mak sedara aku yang keja gomen datang bawak baju-baju lama anak dia yang dah x pakai, berkotak-kotak.kami adik-beradik, masa tu 4 laki-laki (yang perempuan belum lahir) pun berebut la.
tapi selalunya baju-baju aku masa kecik tak bertahan lama.mana taknya, bila masuk paya memancing ikan, abis baju kena getah keladi.bila mandi kolam ikan orang, abis jadi coklat baju.bila ujan, main gelongsor dalam longkang, abis koyak seluar.musim buah, makan lap tangan dekat baju.

uniform sekolah pun sama.memula abg long aku pakai.lepas tu, turunkan ke abg ngah aku.lepas tu, aku.tapi selalu bila turn aku, seluar tu x muat.cawat singkat.jadi jalan pun kena cover-cover.samalah dengan beg sekolah.masa aku darjah satu, abg ngah aku darjah 6.aku suka sangat dengan beg dia.beg silang kaler hijau gelap.bila dapat kat aku, paling suka tali silangnya tu sangkut atas dahi.


seingat aku, jangan kata baby bouncer, baby shoe pun aku x pernah pakai.baby stroller, play pen apatah lagi.mainan pun hanya dengan apa yang alam semulajadi bagi.

..............



tak lama lagi, aku pulak yang akan punya anak.
dan untuk dia, aku berusaha untuk beri yang terbaik.
dan aku kena kerja keras,
sebelum dia pandai bertanya...



"kenapa daddy tak kaya macam daddy orang lain?"





first romper, chose by mummy





dear baby, mummy and daddy pun tak pernah ada stroller tau.



hadiah dari Mak Long



2 comments:

Anonymous said...

Bby laki ke pompuan ni

amirnazrin said...

belum tau.doc ckp maube girl sebab x nmpk.die malu :p