Friday, January 27, 2012

#5 : kalau dah namanya MANUSIA

‎'apelah.takde hati perut punya jantan, bla bla bla...'

'ade jugak laki mcm ni dlm dunia, muke je nmpk baik tp bla bla bla....'

'x sangke pulak aku dia mcm ni.sanggup dia bla bla bla...'


manusia bercakap/berpikir mengikut sudut pandang dia.persepsi dia.yang nampak depan 'mata' dia.dan menjadi asas judgement dia terhadap kita.dan menentukan cara dia layan kita.pandang kita.prejudis tanpa memahami situasi.

tiga orang buta, memegang seekor gajah.
si buta pertama berkata,'gajah ni macam pokok rupanya'.yang dipegang kaki gajah.
si buta kedua berkata,'tidak, gajah seperti ular'.yang dipegang belalai gajah.
si buta ketiga berkata,'jangan kelentong aku la.gajah ni macam kuali la'.yang dipegang telinga gajah.


tak ramai yang akan mengambil masa untuk memahami situasi sebelum terjun kepada konklusi.
tak ramai yang cuba memahami kerana...untuk apa memahami suatu yang tiada kepentingan?
jadi konklusi yang tersemat di hati mereka hanya berdasar dari yang terhidang depan mata.
jadi pegangan mereka bila memandang kita.
kurang rasa selesa berurusan dengan kita kerana persepsi terhadap kita.
dan tentulah menyusahkan kita bila terpaksa berurusan dengan mereka setiap hari.


aku berusaha menjadi suami terbaik.
menantu terbaik.
pekerja terbaik.
akan datang, bapa terbaik.

bila mati, aku ingin diingati kerana yang baik-baik.
setiap yang aku tinggalkan, hidup bersama kenangan aku yang baik-baik.
ada yang baik tentang aku untuk diceritakan pada keturunan aku.


tapi aku terlupa menjadi anak terbaik.
lupa menjadi abang terbaik.
lupa menjadi adik terbaik.
juga terbaik untuk diri sendiri.
you can do better bro,(tepuk bahu sendiri)



betul kata orang, sebaik mana pun kita, takkan mampu jadi terbaik pada sekaliannya.

kerana selagi namanya manusia, takkan puas dengan satu dunia.

Wednesday, January 11, 2012

#4 : MENANTI SEBUAH KELAHIRAN


PERKAHWINAN
mengajar kita untuk bertoleransi dengan bermacam peel pasangan, samada suami atau isteri.
mengajar bersabar..dan berfikir sejenak tentang pilihan/tindakan/keputusan yang terbaik untuk semua.
mengajar mencari titik persamaan dalam ketidakserasian kita.

bagi aku, semua bermula dengan niat.
niat yang aku semat dalam hati saat nekad membuat pilihan.
jadi aku pilih untuk menjadi manusia lebih berguna,
daripada kebarangkalian menjadi lelaki tak guna.

memilih jalan yang boleh menjadikan aku lebih baik dan terus berusaha,
daripada berhenti berusaha.
jadi berguna buat aku rasa puas.
jadi lebih baik buat aku rasa bahagia.


lama tak menulis kadang buat otak beku mencari kata.
owh lupa.entri terdahulu aku ada kata mau tulis tentang completing a home.my home.our home.skip dulu la.masih belum complete jugak.
astro belum ada.(aku sorang2 je ke yang boikot astro?)
sofa pun belum.(tak sesuai kut, rumah sempit)
nak drill dinding gantung itu ini pun belum.bukan apa, aku terlalu pikir jiran.takut bising pulak aku drill dinding.sudahnya sampai sekarang gambar kawen pun belum gantung.huhu



cik puan sekarang sedang berjuang.
morning sickness teruk.sampai sekarang masih muntah-muntah.
dah nak masuk 4 bulan.
banyak yang aku belajar.
rutin aku sekarang, balik kerja terus ke dapur siapkan makan, basuh pinggan, laundry..
baru aku paham kenapa perempuan suka membebel.
buat kerja dapur setelah penat bekerja memang membuatkan mulut rase ringan je.itu tak kena, ini tak kena.rasa panas je hati.nasib baik aku pandai pujuk hati sendiri.
alhamdulillah..takde la aku rasa kekok buat kerja rumah.
cik puan masih belum kuat.badan masih lemah.
pembawakan budak kut.
kalau tidak, memang cik puan masak hari-hari.paling best masa puasa.seingat aku 2 kali je berbuka di luar/beli di bazar ramadhan.cik puan masak untuk berbuka.

are you ok in there bro?


anak,
pertama kita belajar untuk redha.bagaimana rupa pun yang keluar nanti, itulah dia.anak kita.suka atau tak, tiada pilihan..itulah dia.anak kita.
itulah dia, kain putih yang bakal kita corakkan.