Monday, May 21, 2012

#16 : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPBMM)

tempat cari makan.
harap-harap dapat siap tahun ni jugak.


 bahagian yang belum siap, Dewan Besar.taktaulah diorng nak bagi nama dewan apa nnt.


Auditorium, structure siap.ID dah siap nnt sama la mcm panggung wayang


 Tower 12 tingkat.done!


 Tower.level 1 - 4, bilik kuliah.Level 5-12, pentadbiran.


 sesi memilih work station bersama client.nak yang cantik aje.


 Ruang Legar.dah mcm shopping mall pulak.level 1 - 4.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




meeting.betullah, byk meeting melemahkan IQ.



kepada bebudak IPBMM, kalau nak merasa duk bangunan baru, doakanlah kami cepat siap.

Wednesday, May 16, 2012

#15 : Kaf diatas ka, Kaf dibawah ki, Kaf didepan ku, kakiku..

ok.bukan kaki ku.tapi kaki wife aku.

ini kali kedua kaki wife bengkak.
kali pertama dulu tak teruk sgt.kali ni teruk la pulak.takut aku tengok.

i learn more and more about pregnancy period.
makes me wonder how hard a woman to go through this heavenly experience.
and makes me feel, my sacrifices are just like piece of shit compare to my wife.
i only sacrifice some.
but my wife carried the pain every second of her breath.
thanks to Allah for making me able to see, unlike a few others out there.

pagi tadi ke klinik, nurse informed simptom-simptom nak delivery tu dah ada.nurse pun dah cuak.
so dah kena start close monitoring.2 hari sekali kena gi klinik check up.
baby sangat aktif.usia dah 33weeks, tapi size baby 30weeks.position baby dah betul-betul mcm nak keluar.hope everything will be just fine.
aku terlebih cuak sebab ekonomi aku agak kucar kacir.harap dapat figure out something before baby jengah keluar.


please pray the best for my wife.



wish me luck :)

Sunday, April 15, 2012

#14 : KUEW TIAW GORENG TERRRBAEEKK!

weekend adalah satu-satunya hari untuk melepaskan diri dari rutin yang melelahkan.
satu-satunya hari dalam seminggu untuk aku bawak wife jalan-jalan using KL.

satu-satunya hari untuk tidak memikirkan, tiling bila mau siap? cubicle toilet dah abis pasang ke belum? carpet dah siap lay ke? waterproofing kenape tak jalan lagi? final coat apa cita? glass dah install pecah? apesal labour tak nak kerja? payment sangkut ke?
haa...semput.


satu-satunya hari untuk,
menajamkan skil memasak.jeng je jengggggg.....


menu hari ini ialah
kuew tiaw goreng versi 'sayang bini'

ingredients :

cili kering ditumbok
bawang besar dan bawah putih ditumbok
(ada blender mahal tapi ada part yang missing.so terpaksa tumbok sendiri.sapa tak percaya memang aku tumbok.aku tumbok!)
fish ball sepaket
4 ekor sotong



haha...pentas Masterchef telah dibuka.
masa menumis, aku akan berkali-kali rasa tumisan tu.
bagi cukup rasa pedas, masam, masin, manis dia.
sebab bila dah masuk kuew tiaw, dah susah nak adjust rasa dia.



tadaaaa.......nyum nyum! looks very yummy :)




sebelum makan :)



selepas makan :(

kunyahan pertama...muka kelat..
tak tertelan...
hanyir....
akhirnya aku tongsampahkan saja semuanya :(

menyesal aku tarok sotong tadi.hampeh! aku ingat-ingat balik, almost sebulan aku tak beli lauk.jadi sotong dalam freezer ni bila punya? ergghhhh!



pesanan buat semua.
when your cooking turn upside down.dont worry :)
take your laptop, or your phone.
you always have the dinner saviour to save you.







kesian syg saye.excited tunggu saye siap masak.last-last kena order dominos.

sorry dear :)
i ll do better next time.

Monday, April 2, 2012

#13 : free promo ONE BABY WORLD

buat bakal-bakal ibu, ataupun yang dah ada anak berderet-deret, ada yang menarik di sini


boleh dikatakan one stop centre untuk barangan baby.bukan toadler, baby.daripada keperluan asas baby, juga untuk ibu-ibu macam nursing bra, breast pump, baju-baju kembang...semua ada la.

terletak di Taman Permata, Wangsamaju. dekat-dekat dengan Giant tepi MRR2.lebih spesifik, blok berhadapan dengan 7 Eleven.terletak di tingkat 3.kalau dah kesini, sila pandang atas sebab sigboardnya kecil sahaja.dan paling best, ada lift.huhu


lift yang menyambut anda di One Baby World


costumer kat sini taklah seramai macam di shopping mall tapi meriah jugak la


mak buyong kalau poket tebal, habis nak diborongnye


tengok harganya, agak murah kan? plus tengah ada SALE sekarang.boleh rujuk majalah Pa&Ma April


kirik, kanan, kirik, kanan, kirik, kanan


pilih jangan tak pilih..


rasanya stroller dekat sini cheaper than yang ada di shopping mall kut.tak sempat nak survey sebab dah beli


romper comel-comel dan murah :)


ada jugak tempat untuk bapak-bapak yang malas melayan isteri memilih barang




selepas lebih sejam memilih, akhirnya kami telah membeli




sebiji dimple pillow, bantal golek dan sebotol minyak yu yi cap limau.
heh.


ekcelikan, kalau poket tebal memanglah banyak nak diborong.
hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
huhuhu

Saturday, March 31, 2012

#12 : ADUHAI ANAK

permulaan seorang manusia seperti sehelai kanvas putih.
alam sekitar yang mencorakkannya.
dengan otak yang menyerap seperti span.
menerima semua tanpa mampu menilai.


sebagai anak penorah getah, keperluan asas aku semasa kecil sangat limited.baju baru dan seluar baru hanya setahun sekali.itu pun ketika raya.masa tu harga getah tidaklah semahal sekarang.aku ingat lagi ikut mak pergi menoreh.aku kutip biji getah buat main.masa tu harga getah cuma 30sen sekilo.dengan duit tu lah aku adik-beradik dibesarkan.

kadang-kadang mak sedara aku yang keja gomen datang bawak baju-baju lama anak dia yang dah x pakai, berkotak-kotak.kami adik-beradik, masa tu 4 laki-laki (yang perempuan belum lahir) pun berebut la.
tapi selalunya baju-baju aku masa kecik tak bertahan lama.mana taknya, bila masuk paya memancing ikan, abis baju kena getah keladi.bila mandi kolam ikan orang, abis jadi coklat baju.bila ujan, main gelongsor dalam longkang, abis koyak seluar.musim buah, makan lap tangan dekat baju.

uniform sekolah pun sama.memula abg long aku pakai.lepas tu, turunkan ke abg ngah aku.lepas tu, aku.tapi selalu bila turn aku, seluar tu x muat.cawat singkat.jadi jalan pun kena cover-cover.samalah dengan beg sekolah.masa aku darjah satu, abg ngah aku darjah 6.aku suka sangat dengan beg dia.beg silang kaler hijau gelap.bila dapat kat aku, paling suka tali silangnya tu sangkut atas dahi.


seingat aku, jangan kata baby bouncer, baby shoe pun aku x pernah pakai.baby stroller, play pen apatah lagi.mainan pun hanya dengan apa yang alam semulajadi bagi.

..............



tak lama lagi, aku pulak yang akan punya anak.
dan untuk dia, aku berusaha untuk beri yang terbaik.
dan aku kena kerja keras,
sebelum dia pandai bertanya...



"kenapa daddy tak kaya macam daddy orang lain?"





first romper, chose by mummy





dear baby, mummy and daddy pun tak pernah ada stroller tau.



hadiah dari Mak Long



Wednesday, March 14, 2012

#11 : home made lamb chop

masih teringat-ingat sampai hari ni.



last weekend shopping barang dapur di Carrefoure Wangsamaju.
tiba-tiba terpandang kambing yang dah siap marinate.
terus kemaruk nak mam kamben datang.
terus ambek dua pieces, packed.
rm15.oo.kire ok la.


jalan depan sikit, terpandang yang ni
rm15.00++, 6 pieces.
terus letak balik yang tadi, amek yang ni.
sambar sekali serai, halia, lada hitam dan bbq sauce.


perap sendiri.
masuk kuali.
uik..ikan bilis dinner tadi bertaburan atas dapur.
petanda nak kena lap dapur pas ni.


hasilnya..
tadaaaaaaa!
aku pun tak sangka hasilnya sungguh mebelesss..
sedap habak hang!
hari ni 2 pieces.
esok lagi 2 pieces.
lusa lagi 2 pieces.
hari-hari kamben.
heaven!
selagi tak sakit, makannnnnnn.


yang tak best,
rumah ni aku sorang yang makan kamben, so mam sorang-sorang :(
yang best,
rumah ni aku sorang yang makan kamben, so mam sorang-sorang :)

Tuesday, March 13, 2012

#10 : free promo ~ BADEN BADEN BUNDLE

sape tak penah pegi potdiksen memang dia koman.

kalau korang ke potdiksen, korang mesti perasan kedai neh.
terletak sederet dengan tapak pasar malam potdiksen.
sederet dengan Petronas.


BADEN BADEN BUNDLE
baeeiik punyerrrr (tagline Dafi)
memang heaven bagi kaki - kaki bundle macam aku.
siape tak layan bundle, dia tak cool.
setiap kali ke potdiksen, mesti singgah sini.
kasut, jeans, tshirt, slack, kemeje, topi, baju racing, baju sejuk, baju scuba, baju kurung, blouse, baju budak, jersi, hand bag, back hand..
semua ada.unisex.
shoppingnye tak banyak, beleknya yang lama.
kalau nasib baik, dapat barang yang super rare.
ratusan ringgit jugak la aku dah melabur kat sini.


kalau nak mandi laut, tapi lupa bawak seluar..memang potong stim kan.
jangan risau, BADEN BADEN BUNDLE ada.
dengan hanya 5 ringgit, masalah anda selesai.
kalau nasib baik, seringgit pun boleh dapat!

lepas tu bolehla mandi sakan di pantai-pantai berhampiran.
Telok Kemang ke, Tanjung Tuan ke.
aku suka Telok Kemang.
banyak ragam orang dekat sini.
ushar orang sambil layan brader-brader sini busking sambil ngorat minah salleh.


dah puas mandi, pandu pulang sambil menyusuri pantai yang damai.
sambil menyanyi lagu 'Bercanda Dipasiran Pantai'...
tapi jangan bayangkan Anita Sarawak menari depan mata lu,
eksiden nanti..