Saturday, March 31, 2012

#12 : ADUHAI ANAK

permulaan seorang manusia seperti sehelai kanvas putih.
alam sekitar yang mencorakkannya.
dengan otak yang menyerap seperti span.
menerima semua tanpa mampu menilai.


sebagai anak penorah getah, keperluan asas aku semasa kecil sangat limited.baju baru dan seluar baru hanya setahun sekali.itu pun ketika raya.masa tu harga getah tidaklah semahal sekarang.aku ingat lagi ikut mak pergi menoreh.aku kutip biji getah buat main.masa tu harga getah cuma 30sen sekilo.dengan duit tu lah aku adik-beradik dibesarkan.

kadang-kadang mak sedara aku yang keja gomen datang bawak baju-baju lama anak dia yang dah x pakai, berkotak-kotak.kami adik-beradik, masa tu 4 laki-laki (yang perempuan belum lahir) pun berebut la.
tapi selalunya baju-baju aku masa kecik tak bertahan lama.mana taknya, bila masuk paya memancing ikan, abis baju kena getah keladi.bila mandi kolam ikan orang, abis jadi coklat baju.bila ujan, main gelongsor dalam longkang, abis koyak seluar.musim buah, makan lap tangan dekat baju.

uniform sekolah pun sama.memula abg long aku pakai.lepas tu, turunkan ke abg ngah aku.lepas tu, aku.tapi selalu bila turn aku, seluar tu x muat.cawat singkat.jadi jalan pun kena cover-cover.samalah dengan beg sekolah.masa aku darjah satu, abg ngah aku darjah 6.aku suka sangat dengan beg dia.beg silang kaler hijau gelap.bila dapat kat aku, paling suka tali silangnya tu sangkut atas dahi.


seingat aku, jangan kata baby bouncer, baby shoe pun aku x pernah pakai.baby stroller, play pen apatah lagi.mainan pun hanya dengan apa yang alam semulajadi bagi.

..............



tak lama lagi, aku pulak yang akan punya anak.
dan untuk dia, aku berusaha untuk beri yang terbaik.
dan aku kena kerja keras,
sebelum dia pandai bertanya...



"kenapa daddy tak kaya macam daddy orang lain?"





first romper, chose by mummy





dear baby, mummy and daddy pun tak pernah ada stroller tau.



hadiah dari Mak Long



Wednesday, March 14, 2012

#11 : home made lamb chop

masih teringat-ingat sampai hari ni.



last weekend shopping barang dapur di Carrefoure Wangsamaju.
tiba-tiba terpandang kambing yang dah siap marinate.
terus kemaruk nak mam kamben datang.
terus ambek dua pieces, packed.
rm15.oo.kire ok la.


jalan depan sikit, terpandang yang ni
rm15.00++, 6 pieces.
terus letak balik yang tadi, amek yang ni.
sambar sekali serai, halia, lada hitam dan bbq sauce.


perap sendiri.
masuk kuali.
uik..ikan bilis dinner tadi bertaburan atas dapur.
petanda nak kena lap dapur pas ni.


hasilnya..
tadaaaaaaa!
aku pun tak sangka hasilnya sungguh mebelesss..
sedap habak hang!
hari ni 2 pieces.
esok lagi 2 pieces.
lusa lagi 2 pieces.
hari-hari kamben.
heaven!
selagi tak sakit, makannnnnnn.


yang tak best,
rumah ni aku sorang yang makan kamben, so mam sorang-sorang :(
yang best,
rumah ni aku sorang yang makan kamben, so mam sorang-sorang :)

Tuesday, March 13, 2012

#10 : free promo ~ BADEN BADEN BUNDLE

sape tak penah pegi potdiksen memang dia koman.

kalau korang ke potdiksen, korang mesti perasan kedai neh.
terletak sederet dengan tapak pasar malam potdiksen.
sederet dengan Petronas.


BADEN BADEN BUNDLE
baeeiik punyerrrr (tagline Dafi)
memang heaven bagi kaki - kaki bundle macam aku.
siape tak layan bundle, dia tak cool.
setiap kali ke potdiksen, mesti singgah sini.
kasut, jeans, tshirt, slack, kemeje, topi, baju racing, baju sejuk, baju scuba, baju kurung, blouse, baju budak, jersi, hand bag, back hand..
semua ada.unisex.
shoppingnye tak banyak, beleknya yang lama.
kalau nasib baik, dapat barang yang super rare.
ratusan ringgit jugak la aku dah melabur kat sini.


kalau nak mandi laut, tapi lupa bawak seluar..memang potong stim kan.
jangan risau, BADEN BADEN BUNDLE ada.
dengan hanya 5 ringgit, masalah anda selesai.
kalau nasib baik, seringgit pun boleh dapat!

lepas tu bolehla mandi sakan di pantai-pantai berhampiran.
Telok Kemang ke, Tanjung Tuan ke.
aku suka Telok Kemang.
banyak ragam orang dekat sini.
ushar orang sambil layan brader-brader sini busking sambil ngorat minah salleh.


dah puas mandi, pandu pulang sambil menyusuri pantai yang damai.
sambil menyanyi lagu 'Bercanda Dipasiran Pantai'...
tapi jangan bayangkan Anita Sarawak menari depan mata lu,
eksiden nanti..




Monday, March 12, 2012

#9 : PAHANG DARUL MAKMUR

sebuah cerita bergambar

perjalanan merentas pahang dari Raub, daerah di sebelah Pahang barat
ke Bukit Ibam, Muadzam Shah di sebelah tenggara Pahang.
jarak dua daerah ini lebih kurang 300km,
luas Pahang ni ye..

jadi tentu luas pemandangan merentas Pahang ni ye tak.
mari same-same kite nengok ape yang ade sepanjang jalan.


kelapa sawit


bendera malaysia di tengah kebun sawit


hutan renek


hutan tebal


sawit tua yang dah diracun, diselang dengan anak sawit


bukit batu, terdapat beberapa gua atas bukit ni.


bukit-bukau dan gunung-ganang


pokok getah dan sawit


ulang balik gambor yang atas sekali
ulang balik gambor yang atas sekali, sekali lagi.
ulang balik gambor yang atas sekali, lagi 3 kali.
itulah saje negeri Pahang yang luas ni.
kalau keluar dari highway, jumpe la kawasan felda.
tak pun pekan-pekan kecil dengan blok2 rumah kedai.
dengan terminal bas yang ramai budak pakai uniform asrama
dan supermarket Tong Fatt,
atau Tunas Manja.

haa, yang ni lain sikit
awok tau sape yang lahir dekat Kg Awah?


tapi sebenornye, perjalanan jauh merentas Pahang ni semata-mata untuk melihat
Maryam Basyirah binti Mohd Najib
yang comeyyyyyyyyyyyyyy :)

Monday, March 5, 2012

#8 : COMPLETING A HOME

prior to this entry ------> a place called home



ada yang ambil masa sebulan.
ada yang ambil masa setahun.
ada yang ambil masa bertahun-tahun.
ada yang sampai sudah pun tak berjaya, completing a home.

ada yang cuma cuci kaki masuk dalam a complete home (tak mencabar la macam ni).
ada yang terus stay dengan mertua.yang ini mungkin banyak cabaran lain la.

aku?
aku mungkin masuk dalam kategori yag sampai sudah pun tak complete-complete.
aku agak berhati-hati membeli barang rumah.ada banyak sebab.

yang pertama of course la, kekangan kewangan.dengan gaji di bawah paras miskin bandar, membeli barang berharga atas seratus adalah sesuatu yang harus dipikirkan banyak kali.tambah-tambah sejak jadi single provider ni, lagilah..nak beli baju bundle pun pikir banyak kali.
plus aku menunggu kelahiran anak sulung, maka lagilah bertambah kekangannya.

budaya nomad di bandar pun salah satu sebab utama.aku malas nak mengangkut barang banyak-banyak bila perlu berpindah.sejak hijrah ke KL ni(sejak 2007), baru sekali aku pindah.itupun sebab aku kesian budak-budak rumah bujang aku dulu.kalau tak diorang yang aku suruh pindah bila aku kahwin.

ruang yang terhad.
ok, rumah ni cuma 650sqf sahaja.3 bilik.tapi bilik belakang dah jadi stor.
stor pakaian lama.
stor kotak-kotak hadiah kahwin dulu.ya, sampai sekarang ada banyak yang belum keluar dari kotak.perkakas elektrik la banyak.
stor alat bertukang aku.
juga tempat ampaian.ya, rumah merpati ini tiada balkoni untuk aku jemur baju.
jadi ruang yang terhad ni tak membenarkan furniture-furniture mahal untuk masuk.haha, padahal sebab yang pertama punya angkara.

kawasan kejiranan.
ekceli kan, aku selesa dengan kejiranan sini.boleh bertegur sapa la.parking pun senang.cuma bila pikir hal membesarkan anak, persekitaran macam ni menakutkan aku.tengok anak-anak remaja di sini buat aku seriau.aku rasa bukan cuma di sini, dimana-mana pun di malaysia sekarang, suasananya almost the same la.benda-benda yang kau payah nak nampak 90-an dulu, dah jadi common sekarang.
tapi aku tak berniat tak tinggal lama di kawasan begini.ayat kasarnya, slump area macam ni.kawasan dimana suatu ketika dulu bila kerajaan nak halau penduduk-penduduk setinggan, kerajaan akan compress mereka ke perumahan yang sesak begini.kawasan dimana rata-rata mentaliti masyarakatnya kurang yang positif.
rezki sampai nanti, pindahlah ke kawasan yang lebih baik.bukit tunku ke, hartamas ke..bangsar ke..akekeke..

lagi pun rumah ini bukan rumah aku.cuma menyewa.jadi ala kadar saje la.yang penting balik kerja, masuk rumah kepala aku tak serabut.boleh rileks.
berkira-kira jugak bila la nak ada rumah sendiri.bila ya?

jadi barang yang agak-agak kurang perlu dan menyusahkan bila kena pindah aku lupakan dulu.sofa set adalah salah satu.even yang ada sekarang ni pun dah buat aku pening bila pikir nak pindah.bedroom set contohnya.kurang-kurang kena mintak tolong tiga empat orang.

macam aku cakap tadi.yang penting bila balik kerja, kepala tak serabut.
yang penting bini tak komplen nak itu ini.
yang penting tak jadi hamba pada kehendak sendiri.
yang penting keperluan asas itu mencukupi.
yang penting ada internet dan tivi.
huhuhu..

Friday, March 2, 2012

#7 : TOP 20 MALAY FILM

data ini aku ambil dari FINAS.

tahun 2012, aku dapat rasa ada beberapa filem akan masuk dalam ranking ini.
BUNOHAN, arahan Dain Said salah satu darinya.
juga HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT dari Mamat Khalid.
juga ROCK OO, juga dari Mamat khalid.
lupa, ADNAN SEMPIT 2 juga masuk list.

dah lama tak menulis tentang filem.
next week aku cerita pasal filem.
selepas aku tonton BUNOHAN.